Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah membuat perancangan pembangunan negara secara yang sistematik menerusi Rancangan Pembangunan Malaysia bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama pada tahun 1966. Dalam setiap rancangan pembangunan negara, pendidikan diberi keutamaan menerusi peruntukan yang terbesar dalam pembiyaan. Secara holistik, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) telah dirancang untuk merealisasikan enam teras strategik. Rancangan pembangunan pendidikan diteruskan apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan dalam 3 gelombang untuk membolehkan 11 anjakan terlaksana ke arah menjadikan Malaysia berdaya saing dengan negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan termaju di dunia.