Cari Blog Ini

SEBELAS (11) ANJAKAN PPPM


 Kementerian telah mengenal pasti sebelas anjakan dalam terbentuknya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi menghasilkan perubahan kehadapan yang telah dihasratkan oleh setiap warganegara Malaysia. 

Anjakan ini dirancang dengan mengambil kira permasalahan utama yang timbul dalam masyarakat awam. Seterusnya, antara anjakan yang telah dirancang adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa dan mengadakan pelbagai pentaksiran bagi menjadi tanda aras untuk diselaraskan mengikut standard yang diguna pakai oleh sistem pendidikan tinggi supaya murid mampu bersaing diperingkat global.

Anjakan Kedua ialah dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Kementerian akan memperluas program Linus supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris dengan meningkatkan kemahiran guru dan memastikan semua guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT). 

 Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan Anjakan Ketiga, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak perlu memiliki nilai-nilai murni dari segi agama, tingkah laku atau moral sebagai panduan hidup dan pada masa yang sama perlu untuk sentiasa memupuk semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukug dan jitu dalam diri mereka.

Segala langkah yang diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melakukan Anjakan Keempat, iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion keguruan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar rakyat khususnya ibu bapa yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan dan Kementerian akan memastikan profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij apabila pengambilan hanya dibuat 30% dari kalangan graduan yang terbaik sahaja dalam negara.

Seterusnya Anjakan Kelima, ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetesi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan gur besar mulai tahun 2013. Selain itu, Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar dengan tujuan meningkatkan prestasi sekolah. Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah.

Selain itu, Kementerian akan melakukan Anjakan Keenam, iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan dengan memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula Sabah dan Sarawak yang diselia oleh PPD. 

Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi ataau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, Kementerian akan  melaksanakan Anjakan Ketujuh , iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BesrtariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang sama, ia dapat memanfaatkan penggunaan ICT ini bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapatisi pembelajaran yang lebih meluas dan terancang.

Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan Anjakan Kelapan iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD, iaitu  agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD buakn lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara kemnterian dan sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan mikro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan di peringkat bahawah. 

Kementerian akan melaksanakan Anjakan Kesembilan, iaitu memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Menyedari hakikat bahawa proses pelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang berlibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti  dan sektor swasta dan masyarakat. Setiap ibu bapa akan menjadi rakan aktif dalam proses anak-anak mereka.

Untuk itu, Kementerian akan melaksanakan Anjakan Kessepuluh, iaitu memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi progam yang berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah bajet berasaskan keberhasilan dan kementerian juga akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus pembelajaran dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. 

Anjakan Kesebelas iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam secara langsung. Sepanjang perlaksanaan pelan ini, semua pihak berkempetingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan sasaran setiap inisiatif yang dilaksanakan kementerian. Laporan tahun ini mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahu 2015, 2020 dan 2025 bagi emastikan pelan pembangunan pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkempentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya.

Kementerian berharap perkara atau perubahan ini menjadi satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa menimbulkan rasa ketidakadilan dan ketidak puasaan dari mana-mana pihak.