Cari Blog Ini

CABARAN MENJAYAKAN PPPM (2013-2025)

 


Cabaran Menjayakan PPPM (2013-2025)

Cabaran

Keterangan

Akses

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang Pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.Kementerian berhasrat mmemastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkaat prasekolah hingga ke peringkat menengah aatas (tingkatan 5) menjelang 2020.

 Contoh: 100% enrolmen merentas semua peringkat Pendidikan.

Ekuiti

Sistem Pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan Pendidikan terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi,gender atau latar belakang sosioekonomi.

Contoh: Merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar,tahap sosioekonomi dan pencapaian anatara gender sehingga 50% menjelang 2020.

Kualiti

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarakan keunikan sistem Pendidikan di Malaysia,dan standing dengan Pendidikan negara maju.

Contoh: Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.

Perpaduan

Menjana suatu sistem pendidkan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentu dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Contoh: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.

Kecekapan

Sistem Pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi,namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan dalam sistem.Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.