Cari Blog Ini

ANALISIS PENCAPAIAN TERAS STRATEGIK PIPP

 

TERAS 1    MEMBINA NEGARA BANGSA



TERAS 2    MEMBANGUN MODAL INSAN



TERAS 3    MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN



TERAS 4    MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN



TERAS 5    MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN



TERAS 6    MELONJAK KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA - PPPM (2013-2025)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – PPPM (2013-2025)

Objektif

PPPM merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melonjakkan sistem pendidikan Malaysia ke dalam kelompok negara-negara yang mempunyai sistem Pendidikan yang terbaik di dunia.

Objektif PPPM adalah untuk:

i.                     Memahami prestasi dan cabaran sistem Pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan akses kepada Pendidikan,meningkatkan standard (kualiti),merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),mengukuh perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem.

ii.                   Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem Pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun.

iii.                 Menggariskan program transformasi penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat,mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan kesinambungan kepada PIPP (2006-2010).Setelah PIPP tamat pada 2010,Kementerian Pendidikn Malaysia (KPM) telah melakukan kajian semula terhadap system pendidikan Malaysia secara menyeluruh bagi membina pelan pembangunan pendidikan yang baru yang dapat memenuhi standard pendidikan antarabangsa,tuntutan ibu bapa,masyarakat,majikan dan harapan generasi muda abad ke-21.PPPM merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melonjakkan system Pendidikan Malaysia ke dalam kelompok negara-negara yang mempunyai system pendidikan yang terbaik did dunia.PPPM adalah untuk mencapai objektif berikut:

i.                     Memahami prestasi dan cabaran semasa dalam dalam sistem Pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan akses kepada pendidikan,meningkatkan standard (kualiti),merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),mengukuh perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan system.

ii.                   Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan system pendidikan secara kesuluruhan bagi tempoh 13 tahun.

iii.                 Menggariskan program transformasi sistem Pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat,serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

GELOMBANG & ANJAKAN PPPM

 

Gelombang & Anjakan PPPM       

Gelombang 1 (2013-2015)

·   Program Transformasi Daerah

·   Merombak IPG dan Latihan praperkhidmatan 

·  Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah

·     Melaksanakan KSSR & Bahasa Malaysia SJK

·     Mengukuhkan praktikum dalam program Vokasional

·     Meningkatkan enrolmen praskolah dan sekolah menengah

·     Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik

·      Memperluaskan LINUS & penguasaan kemahiran bebrbahasa Inggeris

·         Mewujudkan  pembimbing pengetua/guru besar sekolah Band 5,6 & 7

·         Membina soalan peperiksaan berelemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

·         Meningkatkan standard pengajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains

·         Mengukuhkan kualiti pendidkan Sains ,Teknologi,Kejuteraan & Matematik (STEM) melalui kurikulum,pengujian dan latihan guru

Gelombang 2 (2016-2020)

o   Melaksanakan KSSM dan KSSR (semakan semula)

o   Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM

o   Memperoleh akriditasi antarabangsa kurikulum matrikulasi

o   ,Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus

o   Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi

o   Menyusun semula peranan bahagian utama KPM,JPN dan PPD

o   Pilihan program untuk meningkatkan pendedahan Bahasa Inggeris

o   Memacu inovasi ICT untuk pembelajaran jarak jauh dan terarah kendiri

o   Meningkatkan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan pengajaran

o   Memperluas pilihan Pendidikan vokasional melalui pendidikan vokasional swasta

Gelombang 3 (2021-2025)

o   Melaksanakan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khas

o   Membudaya kecemerlangan professional keteladan rakan setugas

o   Meningkatkan inovasi kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

o   Pengstrukturan sekolah untuk menentukan keperluan mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan

o   Mempertingkatkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan

o   Memperkasa kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai kementerian

SEBELAS (11) ANJAKAN PPPM


 Kementerian telah mengenal pasti sebelas anjakan dalam terbentuknya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi menghasilkan perubahan kehadapan yang telah dihasratkan oleh setiap warganegara Malaysia. 

Anjakan ini dirancang dengan mengambil kira permasalahan utama yang timbul dalam masyarakat awam. Seterusnya, antara anjakan yang telah dirancang adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa dan mengadakan pelbagai pentaksiran bagi menjadi tanda aras untuk diselaraskan mengikut standard yang diguna pakai oleh sistem pendidikan tinggi supaya murid mampu bersaing diperingkat global.

Anjakan Kedua ialah dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Kementerian akan memperluas program Linus supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris dengan meningkatkan kemahiran guru dan memastikan semua guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT). 

 Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan Anjakan Ketiga, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak perlu memiliki nilai-nilai murni dari segi agama, tingkah laku atau moral sebagai panduan hidup dan pada masa yang sama perlu untuk sentiasa memupuk semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukug dan jitu dalam diri mereka.

Segala langkah yang diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melakukan Anjakan Keempat, iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion keguruan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar rakyat khususnya ibu bapa yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan dan Kementerian akan memastikan profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij apabila pengambilan hanya dibuat 30% dari kalangan graduan yang terbaik sahaja dalam negara.

Seterusnya Anjakan Kelima, ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetesi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan gur besar mulai tahun 2013. Selain itu, Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar dengan tujuan meningkatkan prestasi sekolah. Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah.

Selain itu, Kementerian akan melakukan Anjakan Keenam, iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan dengan memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula Sabah dan Sarawak yang diselia oleh PPD. 

Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi ataau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, Kementerian akan  melaksanakan Anjakan Ketujuh , iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BesrtariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang sama, ia dapat memanfaatkan penggunaan ICT ini bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapatisi pembelajaran yang lebih meluas dan terancang.

Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan Anjakan Kelapan iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD, iaitu  agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD buakn lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara kemnterian dan sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan mikro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan di peringkat bahawah. 

Kementerian akan melaksanakan Anjakan Kesembilan, iaitu memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Menyedari hakikat bahawa proses pelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang berlibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti  dan sektor swasta dan masyarakat. Setiap ibu bapa akan menjadi rakan aktif dalam proses anak-anak mereka.

Untuk itu, Kementerian akan melaksanakan Anjakan Kessepuluh, iaitu memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi progam yang berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah bajet berasaskan keberhasilan dan kementerian juga akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus pembelajaran dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. 

Anjakan Kesebelas iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam secara langsung. Sepanjang perlaksanaan pelan ini, semua pihak berkempetingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan sasaran setiap inisiatif yang dilaksanakan kementerian. Laporan tahun ini mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahu 2015, 2020 dan 2025 bagi emastikan pelan pembangunan pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkempentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya.

Kementerian berharap perkara atau perubahan ini menjadi satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa menimbulkan rasa ketidakadilan dan ketidak puasaan dari mana-mana pihak. 

CABARAN MENJAYAKAN PPPM (2013-2025)

 


Cabaran Menjayakan PPPM (2013-2025)

Cabaran

Keterangan

Akses

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang Pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.Kementerian berhasrat mmemastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkaat prasekolah hingga ke peringkat menengah aatas (tingkatan 5) menjelang 2020.

 Contoh: 100% enrolmen merentas semua peringkat Pendidikan.

Ekuiti

Sistem Pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan Pendidikan terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi,gender atau latar belakang sosioekonomi.

Contoh: Merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar,tahap sosioekonomi dan pencapaian anatara gender sehingga 50% menjelang 2020.

Kualiti

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarakan keunikan sistem Pendidikan di Malaysia,dan standing dengan Pendidikan negara maju.

Contoh: Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.

Perpaduan

Menjana suatu sistem pendidkan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentu dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Contoh: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.

Kecekapan

Sistem Pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi,namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan dalam sistem.Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.


ASPIRASI KEMENJADIAN MURID

 


Aspirasi

Keterangan

Pengetahuan

- Menguasai mata pelajaran teras dan pengetahuan umum tentang dunia.

- Menguasai bidang pilihan, mampu memanfaat, menghubung dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, dan mampu menghargai kesenian,kebudayaan ,serta sains,teknologi,kejuteraan dan Matematik (STEM).

Kemahiran Dwibahasa

- Menguasai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua dan satu lagi bahasa komunikasi antarabangsa (sebagai tambahan).

Kemahiran Berfikir

- Bersikap ingin tahu dan inovatif, boleh mengaplikasi dan menjana pengetahuan bagi penyelesaian masalah.

- Menghayati pendapat yang pelbagai,berfikir secara kritikal dan inovatif,dan berkemahiran menyelesai masalah serta berciri keusahawanan.

Etika dan Kerohanian

- Mempunyai asas moral yang kukuh dan keberanian membuat keputusan yang betul.

 

- Beretika dan bermoral,mempunyai kerohanian mantap,penyayang dan prihatin,menghayati pembangunan mampan dan gaya hidup sihat.

Kemahiran Memimpin

- Mempunyai kemahiran berkomunikasi,berciri keusahawanan,cekal dan boleh memimpin serta bekerja secara berpasukan.

- Komunikator yang berkesa,cerdas emosi dan mampu berinteraksi merentas budaya,bertanggungjawab,berdaya saing,cekal dan yakin.

Identiti Nasional

- Mempunyai jati diri kebangsaan,menghargai kepelbagaian dalam masyarakat daan memahami aspirasi negara.

RUMUSAN

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah membuat perancangan pembangunan negara secara yang sistematik menerusi Rancangan Pembangunan Malaysia bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama pada tahun 1966. Dalam setiap rancangan pembangunan negara, pendidikan diberi keutamaan menerusi peruntukan yang terbesar dalam pembiyaan. Secara holistik, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) telah dirancang untuk merealisasikan enam teras strategik. Rancangan pembangunan pendidikan diteruskan apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan dalam 3 gelombang untuk membolehkan 11 anjakan terlaksana ke arah menjadikan Malaysia berdaya saing dengan negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan termaju di dunia.