Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Fokus : Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan
ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara, menyanjung dan menjunjung
warisan budaya dan kesenian bangsa.
Pelaksanaan : Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin
murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan murid. Contoh pelaksanaan meliputi
:
· Sekolah
swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1.
· Penyertaan
murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.
· Konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan.
Teras
2 : Membangunkan Modal Insan
Fokus : Tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah,
akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang
kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.
Pelaksanaan : Menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian
holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan,
kesihatan dan keselamatan. Contoh pelaksanaan meliputi :
- Key Performance Index (KPI) ke atas peningkatan kadar literasi murid.
- Penggunaan modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk penguasaan 3M.
- Penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawan.
Teras
3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Fokus : Memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan
utama masyarakat.
Pelaksanaan : Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas
yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan
TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf
sokongan mengikut keperluan. Contoh pelaksanaan meliputi :
- Peningkatan pencapaian akademik untuk daya tarikan ibu bapa.
- Pengetua /Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun untuk capai KPI
- · Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment guru-guru Bahasa Inggeris ke sekolah-sekolah di luar bandar dan pendalaman.
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Fokus : Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis
sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk
mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan
fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran.
Pelaksanaan : Membangunkan kemudahan infrastruktur
pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah
mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada
murid miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang
digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan
luar bandar dan pendalaman. Contoh pelaksanaan meliputi :
- Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the unreach) disediakan pendidikan prasekolah
- Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pendalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara.
Teras
5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Fokus : Memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi
sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa
depan.
Pelaksanaan : Menaiktaraf maktab perguruan kepada institut
pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga
akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan
kebajikan guru. Contoh pelaksanaan meliputi :
· Program
motivasi untuk menyegarbugarkan guru-guru yang telah lama berkhidmat.
· Semua
pentadbir memakai lencana (badge) seperti “ Saya Agen Perubahan ” atau “ Saya
Guru Berkualiti ” mulai tahun 2010.
· Mewujudkan
pusat latihan (seperti Pusat Kokurikulum) bagi menanamkan sikap positif kepada
guru permulaan serta guru yang telah berkhidmat lebih lima tahun.
Teras
6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Fokus : Memastikan institusi pendidikan di Malaysia mampu
bersaing pada peringkat antarabangsa.
Pelaksanaan : Membentuk Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
berasakan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus
.Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi
ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat
antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti
daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat
antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan
bertaraf dunia. Contoh pelaksanaan meliputi :
· Pelantikan
guru dan jurulatih di SKK mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang
kebitaraan masig-masing.
· 80
peratus murid daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah
tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
· Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK.