Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Membangun sistem pengajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri.
Perlu menghadapi 9 cabaran :
1. Membentuk sebuah negara yang bersatu padu
2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
3. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang
4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya
5. Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran
6. Membentuk masyarakat yang bersifat sains sert progresif
7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang
8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya
9. Mewujudkan masyarakat yang makmur