Cari Blog Ini

PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sinopsis

Membincangkan perancangan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan sepanjang perkembangan pendidikan yang berlaku di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah kini. Perbincangan berfokus kepada RMK-1 hinggalah RMK-11 mencakupi pelan pendidikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP: 2006-2010), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025).

PENDIDIKAN MALAYSIA KE ARAH MANA ?

 Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Membangun sistem pengajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

 Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri. 

Perlu menghadapi 9 cabaran : 

1. Membentuk sebuah negara yang bersatu padu

2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.

3. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang

4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya  dan utuh nilai keagamaannya

5. Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran

6. Membentuk masyarakat yang bersifat sains sert progresif

7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang 

8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya

9. Mewujudkan masyarakat yang makmur

PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BERTERASKAN RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

 

Rajah1   Rancangan Pembangunan Pendidikan mengikut RMK1-11

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-2010)

RAJAH 2    MISI & MATLAMAT PIPP

TERAS STRATEGIK PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

    Teras 1 : Membina Negara Bangsa

Fokus : Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara, menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

Pelaksanaan : Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan murid. Contoh pelaksanaan meliputi :

·         Sekolah swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1.

·         Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.

·         Konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan.

 

           Teras 2 : Membangunkan Modal Insan

Fokus : Tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.

Pelaksanaan : Menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Contoh pelaksanaan meliputi :

  •          Key Performance Index (KPI) ke atas peningkatan kadar literasi murid.
  •         Penggunaan modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk penguasaan 3M.
  •          Penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawan.

         Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Fokus : Memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan utama masyarakat.

Pelaksanaan : Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Contoh pelaksanaan meliputi :

  •  Peningkatan pencapaian akademik untuk daya tarikan ibu bapa.
  •          Pengetua /Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun untuk capai KPI

  • ·       Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment guru-guru Bahasa Inggeris ke sekolah-sekolah di luar bandar dan pendalaman.

 

            Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan

Fokus : Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran.

Pelaksanaan : Membangunkan kemudahan infrastruktur pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada murid miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pendalaman. Contoh pelaksanaan meliputi :

  •          Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  •          Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the unreach) disediakan pendidikan prasekolah

  •          Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pendalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara.

 

            Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan

Fokus : Memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan.

Pelaksanaan : Menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru. Contoh pelaksanaan meliputi :

·         Program motivasi untuk menyegarbugarkan guru-guru yang telah lama berkhidmat.

·         Semua pentadbir memakai lencana (badge) seperti “ Saya Agen Perubahan ” atau “ Saya Guru Berkualiti ” mulai tahun 2010.

·         Mewujudkan pusat latihan (seperti Pusat Kokurikulum) bagi menanamkan sikap positif kepada guru permulaan serta guru yang telah berkhidmat lebih lima tahun.

 

           Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Fokus : Memastikan institusi pendidikan di Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan : Membentuk Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) berasakan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus .Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Contoh pelaksanaan meliputi :

·         Pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masig-masing.

·         80 peratus murid daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

·         Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK.